AALY Packaging

Beg Non Woven Custom di Malaysia

Beg non woven dicetak dengan logo anda, stok sedia ada dari 100 keping. Beg yang paling ramai minta.

Kain baru 100gsm, tahan 10kg, tempoh siap yang jelas dan pilihan cetakan tempatan.

  • MOQ 100, ready stock
  • Penghantaran percuma ke Semenanjung
Tanya harga
Five plain non woven tote bags in white, yellow, cream and blue, standing upright

Bina beg anda

1Pilih saiz andaLebar × tinggi × dalam, dalam cm

222 pilihan warna

Pilihan warna berbeza mengikut saiz. Warna di skrin hanya panduan.

3Jenama anda

Tanya harga

Sertakan logo, kuantiti dan tarikh diperlukan dalam chat.

Pelanggan gembira kami

490+ perniagaan telah kami bantu.

  • Ban Heang
  • Mamee
  • Yong Sheng
  • Cleanpro Express
  • Bask Bear Coffee
  • Murni Farmasi
  • LJMX
  • Syokkk!
  • AIA
  • AKPK
  • Anmum
  • BOGO Optical
  • CCK Fresh Mart
  • CompAsia
  • Elianto
  • Fernleaf
  • G2000
  • Happy Health
  • Huat Huat
  • Inside Scoop
  • LaLaport
  • MBG
  • Morinaga
  • OCBC
  • Oversea
  • PropNex
  • SBH Financial Consultancy
  • Pay Fong Middle School
  • Universiti Teknologi Petronas
  • F&N
  • TMG Mart
  • Solar Time
  • emart24
  • Zai Cheng
  • Kuat Harimau
  • Mymilan Milan
  • Woh Hup
  • Ajinomoto
  • All IT
  • AutoBuzz
  • Cameron Garden
  • Chili's
  • Ensure Gold
  • Empat Sekawan
  • Foot Locker
  • Gardenia
  • Heal
  • iFood Expo
  • JPN
  • Lee Biscuits
  • Mister Coffee
  • NESQ
  • Optical 88
  • Philips Avent
  • Samaiden
  • Selangor Fruit Valley
  • Snek Ku
  • Yuen Chen Siang
  • Tealive
  • Miaow Miaow
  • Happy 2U
  • Farm In The City
  • Client brand mark
  • Lim Ming Kee
  • Oriental
  • Abagno
  • Akemi
  • Anlene
  • Beaconhouse
  • Cantiq Clinic
  • City Cafe
  • Edibee
  • Extra Joss
  • Fusion
  • Gleneagles Hospital
  • Hoppi
  • IJN First Pharmacy
  • Karangkraf
  • Pasaraya Darulmakmur
  • Mister Potato
  • NKL International College
  • Oriental Melaka Straits Medical Centre
  • Piau Kee
  • Sapura
  • Simba
  • Systema

Bermula RM1.00 sekeping

Beg kosong, tanpa cetakan logo.

Mahu logo anda? WhatsApp kami untuk harga. Beg A4 bercetak bermula RM1.50 sekeping untuk 1,000 keping.

  • Saiz A5, 20 × 23 × 8 cm
  • Warna kosong, tanpa logo
  • 100 pcs
  • Cetakan logo: harga di WhatsApp
Tanya harga logo

Bila orang tanya woven bag, biasanya yang ini yang dimaksudkan

Kebanyakan orang yang tanya "woven bag" sebenarnya maksudkan Beg Non Woven, beg kain lembut. PP Woven pula beg anyaman yang lebih keras, macam beg IKEA atau 99 Speedmart.

Five plain non woven tote bags in white, yellow, cream and blue, standing upright

Beg Non Woven

Beg tote kain lembut. Halaman ini.

PP woven bags with a glossy finish, in plaid, teal and green, with contrasting handles

Beg PP Woven

Beg anyaman yang lebih keras, jenis IKEA atau 99 Speedmart.

Lihat Beg PP Woven

Pilih cara logo anda dicetak

Silkscreen untuk logo warna padu. DTF atau sublimasi untuk gradien dan penuh warna.

Cetakan silkscreen dikenakan caj ikut bilangan warna pada setiap sisi. Satu warna pada satu sisi dikira satu, walaupun depan dan belakang guna warna yang sama.

  1. 1 warna · 1 sisi

    Depan1 warna
    BelakangTiada cetakan

    Jumlah kiraan warna1

  2. 1 warna · 2 sisi

    Depan1 warna
    Belakang1 warna

    Jumlah kiraan warna2

  3. 2 warna · 1 sisi

    Depan2 warna
    BelakangTiada cetakan

    Jumlah kiraan warna2

  4. 2 warna · 2 sisi

    Depan2 warna
    Belakang2 warna

    Jumlah kiraan warna4

  5. 3 warna · 1 sisi

    Depan3 warna
    BelakangTiada cetakan

    Jumlah kiraan warna3

  6. 3 warna · 2 sisi

    Depan3 warna
    Belakang3 warna

    Jumlah kiraan warna6

Ada gradien atau reka bentuk penuh warna?

Gradien dan foto perlukan kaedah penuh warna. Pilih ikut saiz reka bentuk.

DTF

Logo kecil dan kawasan terpilih
Sesuai untuk
Logo dan reka bentuk penuh warna yang kecil di satu kawasan.
Boleh untuk
  • Beg non woven
  • Beg kanvas
Kemasan cetakan
Lapisan cetakan nipis pada permukaan beg.

Sublimation

Reka bentuk besar dan seluruh beg
Sesuai untuk
Reka bentuk penuh warna yang besar dan corak seluruh beg.
Boleh untuk
  • Beg non woven RPET
  • Beg kanvas
Kemasan cetakan
Warna dipindahkan ke dalam fabrik yang sesuai atau permukaan yang disediakan.
Tidak untuk stok sedia PP woven

Beg PP woven stok sedia sudah berlaminasi, jadi DTF dan sublimasi tidak boleh digunakan.

Spesifikasi

Kuantiti minimum100 pcs (ready stock)
Berat kain100gsm, kain baru
Saiz (L × T × D)A5 20 × 23 × 8 · A4 28 × 33 × 8 · A3 42 × 32 × 10 · A3+ 35 × 40 × 12 · A2 42 × 39 × 16 cm
Warna22 pilihan, bergantung pada saiz
Muatan10 kg
CetakanSilkscreen, DTF atau sublimation
Tempoh siap5 hari bekerja selepas order confirm

Gradient boleh dicetak. Cetakan tempatan ambil masa 1 hingga 2 minggu.

Tempoh siap dan penghantaran

Ready stock

5 hari bekerja selepas order confirm

Sampel mock-up

5 hari

Penghantaran kurier

Keesokan hari

Order segera

Minimum 3 hari, tanpa caj tambahan

Penghantaran ke Semenanjung percuma. Malaysia Timur dan Singapura ikut berat dan kuantiti. Kos penghantaran sudah termasuk dalam sebut harga.

Hasil kerja sebenar

Antara jenama yang pernah kami buatkan beg: Mamee, Tealive, F&N, TMG Mart dan lain-lain.

Beg tote biru bercetak logo Mamee Jonker House dan wajah kartun
Mamee
Beg tote Tealive kuning dan ungu dengan pemegang ungu
Tealive
Beg tote F&N putih bercetak penuh ilustrasi minuman dan suasana jalan
F&N
Beg tote TMG Mart putih bercetak teks Fair Price Save More berulang dalam merah, biru dan kuning
TMG Mart
Beg tote Solar Time putih dengan cetakan ombak merah, oren dan biru
Solar Time
Beg tote DR.KO biru dengan logo bercetak putih
DR.KO

Tentang beg non woven

Apa itu beg non woven?

Beg tote yang lembut seperti kain, dibuat daripada gentian yang dicantum, bukan ditenun. Dari situlah datangnya nama non woven.

Ramai orang Malaysia memanggilnya beg recycle atau beg eco. Ia beg paling banyak ditempah di AALY, dan lebih murah daripada PP woven atau kanvas.

Beg non woven digunakan untuk apa?

Bungkus bawa pulang dan penghantaran F&B, beg pasar raya dan kedai runcit, pembungkusan makanan, acara dan hadiah.

Orang terus guna semula beg ini, jadi logo anda terus dilihat lama selepas jualan.

Saiz dan berat fabrik apa yang patut saya tempah?

Mula dengan A4: 28 × 33 × 8 cm. Saiz lain dibuat ikut tempahan, hantar sahaja ukuran anda.

Kami guna fabrik baharu 100gsm yang tahan 10kg. Banyak beg di pasaran guna stok lama 75 hingga 80gsm, sebab itu ia mudah koyak.

Baca panduan gsm

Macam mana nak tempah beg non woven custom?

WhatsApp logo, kuantiti, saiz dan tarikh diperlukan. Kami sahkan beg dan cara cetakan, dan boleh sediakan mock-up dalam 5 hari.

Stok sedia dihantar 5 hari bekerja selepas pengesahan, dan kurier biasanya sampai keesokan hari. Tempahan segera siap dalam 3 hari tanpa caj tambahan. Deposit 50%, baki semasa penghantaran.

Soalan pembeli sebelum buat order

Apa beza woven bag dengan non woven bag?

Kebanyakan orang yang tanya kami pasal "woven bag" sebenarnya maksudkan non woven bag, beg kain lembut untuk event, kedai dan F&B. PP woven bag pula beg yang lebih keras macam beg IKEA dan 99 Speedmart.

Baca jawapan penuh

Berapa kuantiti minimum untuk custom bag?

100 pcs untuk non woven, PP woven dan canvas bag, sebab stok tu kami ada ready. Non woven laminated mula dari 5,000 pcs sebab custom made. Cooler bag 200 atau 5,000 pcs ikut design. Order terbesar yang kami pernah buat 126,000 pcs untuk satu saiz, tiada had atas.

Ada cetakan apa, dan boleh cetak gradient tak?

Boleh, gradient memang boleh dicetak. Di Malaysia kami ada silkscreen, DTF heat transfer dan sublimation dalam 1 hingga 2 minggu, dan cetakan laminated dari 5,000 keping, dibuat di China dalam 45 hingga 60 hari.

Baca jawapan penuh

Berapa lama nak siapkan custom bag?

Lima hari bekerja selepas order confirm untuk barang ready stock, dan courier biasanya sampai keesokan hari. Paling cepat kami boleh siapkan dalam 3 hari, dan kami tak caj rush fee, kalau boleh buat kami buat, kalau tak boleh kami terus beritahu.

Hantar ke luar Melaka tak, dan berapa kos penghantaran?

Penghantaran dalam Semenanjung Malaysia percuma. Malaysia Timur dan Singapura dikira ikut berat dan kuantiti. Kos penghantaran sudah termasuk dalam harga yang kami quote, jadi angka dalam sebut harga itulah yang anda bayar, tiada caj tersembunyi di hujung.

Fail apa yang kena hantar, dan kalau tiada design macam mana?

Adobe Illustrator atau mana-mana fail vector, asalkan resolusi tinggi. Tukar warna, ubah saiz dan tambah teks ringkas kami uruskan. Yang kami tak buat ialah reka artwork dari kosong, untuk itu designer sendiri atau designer yang anda biasa guna akan bagi hasil lebih baik.

Kena bayar untuk sample dulu ke?

Biasanya kami tak cadang, sample fizikal makan kos dan masa. Kami hantar sample yang serupa secara percuma supaya anda boleh pegang kainnya, dan design anda disahkan melalui artwork. Kalau memang nak mockup sample, ia ambil 5 hari.

Anda di mana, dan ada layan pelanggan luar Melaka?

Kami di Ayer Keroh, Melaka, dan kami bekal ke seluruh Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur dan Singapura. Berada di Melaka tak hadkan ke mana kami hantar, kebanyakan pelanggan kami bukan dari Melaka.

Recycle bag sama dengan beg non woven ke?

AALY Packaging di Melaka anggap ia beg yang sama. Kebanyakan orang yang minta recycle bag atau eco bag maksudkan beg tote non woven yang lembut. Itu nama harian, bukan nama bahan, jadi hantar gambar di WhatsApp 014-389 2259 dan kami sahkan beg apa.

Baca jawapan penuh

Nak sebut harga beg non woven?

Hantar logo, kuantiti, saiz dan tarikh diperlukan. Kami bantu langkah seterusnya.

WhatsApp untuk sebut harga