Beg non woven custom di Malaysia untuk jenama yang ambil berat tentang imej mereka.
MOQ 100 keping · Bermula RM1.00 · Penghantaran percuma ke Semenanjung
Jenama anda- 490+ perniagaan telah kami bantu
- Akses terus kepada pengilang, bukan orang tengah
- Order segera dari 3 hari, tanpa caj tambahan
Pilih beg yang sesuai dengan kegunaan anda
Lima jenis produk. Kami bantu anda pilih yang sesuai ikut jenama, kuantiti, cetakan dan masa.






Hasil kerja sebenar untuk jenama sebenar
Antara jenama yang pernah kami buatkan beg: Mamee, Tealive, F&N, TMG Mart dan lain-lain.
490+ perniagaan dibantu.
Lihat semua hasil kerjaPelanggan gembira kami
Dari maklumat sampai penghantaran, mudah sahaja
Beri maklumat sekali sahaja. Kami bantu langkah seterusnya.
- 1
Hantar maklumat asas
Logo, kuantiti, saiz beg dan tarikh yang anda perlukan.
- 2
Semak mock-up anda
Kami sediakan sampel mock-up dalam 5 hari.
- 3
Confirm dan hantar
Order ready stock dihantar dalam 5 hari bekerja selepas confirm. Kurier sampai keesokan hari.
Apa yang pasukan pembelian perlu tahu
Bahan, masa, penghantaran dan terma order yang jelas sebelum anda buat keputusan.
Kain baru 100gsm
Beg non woven kami guna kain baru 100gsm, bukan stok lama.
Penghantaran termasuk dalam sebut harga
Penghantaran ke Semenanjung percuma. Harga sebut harga ialah harga yang anda bayar, tiada caj tersembunyi.
Ready stock dari 100 pcs
Pilihan ready stock untuk non woven, PP woven dan kanvas bermula dari 100 pcs.
Order segera dari 3 hari
Order segera boleh siap dalam minimum 3 hari, tanpa caj tambahan.

Pakar beg non woven Malaysia.
Bukan kedai hadiah yang ada satu halaman beg. Kami hanya buat beg, jadi kami boleh beritahu kain, saiz dan cetakan yang sesuai sebelum anda order, dan batch pertama anda jadi betul.
Apa yang kami buat
- Beg non woven
- Beg non woven laminated
- Beg PP woven
- Beg kanvas
- Cooler bag
Apa yang kami tak jual
- Botol dan tumbler
- Baju dan pakaian
- Pen dan buku nota
- Set hadiah premium
Soalan pembeli sebelum buat order
Berapa kuantiti minimum untuk custom bag?
100 pcs untuk non woven, PP woven dan canvas bag, sebab stok tu kami ada ready. Non woven laminated mula dari 5,000 pcs sebab custom made. Cooler bag 200 atau 5,000 pcs ikut design. Order terbesar yang kami pernah buat 126,000 pcs untuk satu saiz, tiada had atas.
Ada cetakan apa, dan boleh cetak gradient tak?
Boleh, gradient memang boleh dicetak. Di Malaysia kami ada silkscreen, DTF heat transfer dan sublimation dalam 1 hingga 2 minggu, dan cetakan laminated dari 5,000 keping, dibuat di China dalam 45 hingga 60 hari.
Berapa lama nak siapkan custom bag?
Lima hari bekerja selepas order confirm untuk barang ready stock, dan courier biasanya sampai keesokan hari. Paling cepat kami boleh siapkan dalam 3 hari, dan kami tak caj rush fee, kalau boleh buat kami buat, kalau tak boleh kami terus beritahu.
Hantar ke luar Melaka tak, dan berapa kos penghantaran?
Penghantaran dalam Semenanjung Malaysia percuma. Malaysia Timur dan Singapura dikira ikut berat dan kuantiti. Kos penghantaran sudah termasuk dalam harga yang kami quote, jadi angka dalam sebut harga itulah yang anda bayar, tiada caj tersembunyi di hujung.
Hantar maklumat. Kami terangkan langkah seterusnya.
Logo + kuantiti + saiz + tarikh diperlukan, itu sudah cukup untuk mula.



















































































